ARTIKEL

Petronas beri sumbangan untuk 4,700 pelajar, guru di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Petronas menyumbangkan sanitasi tangan, pelitup muka dan cecair pencuci tangan kepada sembilan sekolah di Bintulu baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas LNG 9 Sdn Bhd dan Kumpulan Syarikat LNG Malaysia Mohamed Syazwan Abdullah berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan guru di Daerah Bintulu sebelum sekolah dibuka pada 24 Jun ini.

“Diharapkan sumbangan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 4,700 pelajar dan guru sekolah menengah sekitar Bintulu. “Kami berharap tindakan ini dapat membantu pelajar dan guru selamat daripada  pandemik Covid-19 berikutan pembukaan semula sekolah tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Anak syarikat Petronas di Bintulu iaitu Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd, Petronas LNG 9 Sdn Bhd, Kumpulan Syarikat LNG Malaysia dan Petronas Carigali Sdn BhdSarawak Gas bekerjasama untuk menyokong usaha mengurangkan penyebaran Covid-19.

SMK Asyakirin, SMK Bandar, SMK Baru, SMK Bintulu, SMK Kemena, SMK Kidurong, SMK Sebauh, SMK Tatau dan Kolej Vokasional Bintulu antara sekolah menerima sumbangan ini.

Sumbangan tersebut menjadikan jumlah sumbangan Petronas untuk usaha Covid-19 meningkat kepada RM38.8 juta hingga kini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu