ARTIKEL

PETRONAS Chemicals Group catat pendapatan RM27.5 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) menutup tahun kewangan 2025 dalam persekitaran pasaran yang mencabar, namun mengekalkan fokus terhadap kecekapan operasi dan disiplin kos.

Kumpulan mencatatkan pendapatan RM27.5 bilion bagi FY2025, manakala EBITDA menurun 46 peratus kepada RM1.9 bilion berikutan harga produk yang lebih rendah, margin yang mengecil serta lebihan bekalan dalam pasaran Olefin & Derivatif (O&D) dan bahan kimia khusus.

Kerugian selepas cukai berjumlah RM2.1 bilion, didorong oleh penurunan EBITDA, susut nilai aset di Perstorp, pendapatan kewangan yang lebih rendah serta kerugian pertukaran mata wang asing belum terealisasi.

PCG bagaimanapun mengumumkan jumlah dividen RM560 juta, termasuk dividen interim RM320 juta yang akan dibayar pada 18 Mac 2026, sebagai komitmen berterusan kepada pemegang saham.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail berkata syarikat mengekalkan kawalan kos yang ketat serta kecekapan operasi bagi memastikan kelangsungan perniagaan dalam persekitaran mencabar.

“Sepanjang 2025, kami berdepan pelbagai cabaran luaran dan dalaman termasuk gangguan operasi tidak dijadualkan. Namun, kami berjaya mengekalkan kadar penggunaan loji melebihi 85 peratus bagi segmen O&D dan F&M, sambil memacu projek pertumbuhan utama seperti loji Isononanol di Pengerang dan loji Melamin di Gurun,” katanya.

Dalam portfolio bahan kimia khusus, PCG terus memperkukuh kehadiran dalam pasaran bernilai tinggi, termasuk pemerolehan OQ Chemicals Nederland B.V. pada Disember 2024 yang membolehkan syarikat menawarkan penyelesaian ester sintetik untuk industri bendalir pengubah.

Kumpulan turut memfokuskan agenda kelestarian melalui peningkatan kecekapan tenaga, pengoptimuman proses serta pengurangan pembakaran gas. Langkah itu selaras dengan usaha penyahkarbonan aset dan penciptaan nilai jangka panjang.

Bagi 2026, PCG menjangkakan persekitaran operasi kekal mencabar dengan tekanan berterusan dalam pasaran O&D susulan kapasiti baharu di China serta permintaan yang perlahan. Sektor baja dan metanol dijangka kekal stabil, manakala segmen bahan kimia khusus dipengaruhi permintaan sederhana dalam sektor pembinaan dan automotif.

Mazuin berkata syarikat akan terus memperkukuh daya tahan portfolio melalui pengoptimuman aset, kecekapan kos dan operasi dengan memberi tumpuan kepada keselamatan, kebolehpercayaan operasi serta kestabilan margin dan aliran tunai.

PCG, pengeluar bahan kimia bersepadu terkemuka di Malaysia, kini beroperasi di beberapa tapak antarabangsa termasuk Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara dengan kapasiti pengeluaran gabungan 16.8 juta tan metrik setahun. Syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia dan mematuhi piawaian global dalam aspek Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (EESG).

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi