KUALA LUMPUR: Seramai 119 pelajar dari Sarawak yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 menerima tajaan pendidikan daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas), berbanding 108 pelajar tempatan pada tahun lepas.
Sejumlah RM340 juta dibelanjakan kepada 600 pelajar di seluruh Malaysia untuk membolehkan individu cemerlang ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang.
Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata, pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan modal insan di semua peringkat mampu mencungkil bakat pelajar secara berterusan dan mampan.
“Inilah komitmen kami untuk memperjuangkan penerokaan ilmu dalam kalangan pelajar dan pendidik menerusi program tajaan, memperkasa ilmu.
Petronas memberi sokongan dalam mendapatkan pendidikan berkualiti dan memperkasakan mereka yang berusaha untuk mencapai kemajuan seterusnya membawa perubahan yang lebih baik kepada dunia menurut kenyataan itu lagi.



