ARTIKEL

Datuk Seri Julaihi Narawi | Foto: Ghazali Bujang

PETROS komited pastikan penggunaan gas asli berterusan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) komited untuk menjalankan usaha berterusan penggunaan gas asli di Sarawak berteraskan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR).

Menterinya, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, beberapa inisiatif sedang giat dilaksanakan bertujuan meningkatkan penggunaan gas domestik sedia ada daripada tujuh peratus kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2030.

“Projek 500 megawatt Loji Janakuasa Kitaran Gabungan (CCGT) di Miri kini mencapai 30 peratus kemajuan dan dijangka beroperasi secara komersial pada suku keempat tahun 2027.

“Projek perintis Gas ke Bintulu (GtB) yang mula beroperasi sejak Julai 2025 membekalkan gas asli berpaip kepada 40 isi rumah berpendapatan rendah di Sungai Plan, Bintulu.

Ini antara langkah pertama membawa sumber gas tempatan terus ke komuniti.

“Selain itu, inisiatif Gas Terus ke Kitchen oleh PETROS membolehkan gas asli berpaip terus ke kediaman di Quadruplex Taman Ceria, Miri.

Setakat ini, 589 isi rumah telah disambung dengan paip gas dan selebihnya akan disambung secara berperingkat.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung kementeriannya sempena mesyuarat ketiga bagi penggal keempat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, hari ini.

Tambahnya, turut diberi perhatian Hab Karbon Rendah Kuching (KLCH) yang akan membangunkan terminal regasifikasi, taman petrokimia rendah karbon, infrastruktur gas dan pembinaan CCGT di Kuching berkapasiti 5,000 MW.

Dalam perkembangan sama, Julaihi turut mendedahkan PETROSNiaga Sdn Bhd telah menjadi pengedar tunggal LPG bersubsidi di Sarawak.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi