ARTIKEL

Petros laksana aktiviti cari gali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETROLEUM Sarawak Berhad (Petros) ditubuhkan pada tahun pertama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2017.

Ia merupakan langkah awal untuk Kerajaan Sarawak terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas di negeri ini.

Memulakan operasi pada suku pertama 2018, PETROS diberi mandat melaksanakan aktiviti cari gali minyak dan gas di pesisir Sarawak.

PETROS turut berhak menilai semua permohonan untuk lesen atau pajakan perlombongan minyak dan gas yang dijalankan di negeri ini.

Dalam Belanjawan 2020 Sarawak, sebagai permulaan lesen perlombongan darat dikeluarkan kepada PETROS untuk beroperasi di Limbang.

Hak diberikan oleh Kerajaan Sarawak ini termaktub di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958).

Hal ini dijangka memberi kelebihan kepada Sarawak untuk mendapatkan bahagian lebih adil daripada industri minyak dan gas yang dijalankan di negeri ini.

Sarawak mempunyai hak dalam undang-undang seperti termaktub dalam Perlembagaan ke atas sumber minyak dan gas yang terdapat di negeri ini.

Malah, tong gas petroleum cecair (LPG) jenama PETROS kini mula dipasarkan di sekitar bandar raya Kuching.

Tong gas tersebut diedarkan anak syarikatnya, PetrosNiaga Sdn Bhd di Kuching sebelum diperluaskan ke seluruh negeri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha