Petros, Petronas meterai perjanjian dagang gas domestik Sarawak

KUCHING: Di sebalik pelbagai berita negatif yang mewarnai pasaran, Petronas dan Petros hari ini memeterai perjanjian untuk pengedaran gas domestik negeri itu.

Majlis berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut hadir Pengerusi Petros Tan Sri Hamid Bugo dan Presiden serta CEO Kumpulan, Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Perjanjian kedua-dua pihak merangkumi beberapa elemen, antaranya jualan gas Sarawak, Jualan Dagangan dan Aset Jualan.

Suara Sarawak