ARTIKEL

PETROS Sahkan Dokumen Tular Pengambilan Pekerja Asing Adalah Palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan maklumat yang tidak sah dan palsu berkaitan dengan syarikat berkenaan.

Menurut satu kenyataan, PETROS menegaskan bahawa pengambilan pekerja atau peluang kerjaya syarikat berkenaan adalah palsu dan bukan daripada sumber rasmi.

“Kami akan terus melabur dalam pembangunan bakat tempatan bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir dan kompeten untuk memacu pertumbuhan Sarawak.

“Semua permohonan bagi peluang kerjaya atau latihan industri di PETROS dilaksanakan melalui portal rasmi dalam talian Careers syarikat di https://careers.petroleumsarawak.com/,” katanya.

Terdahulu, tular satu dokumen di media sosial yang melibatkan pengambilan pekerja asing.

Surat tersebut mencetuskan kebimbangan dan kemarahan orang ramai selepas dokumen berkenaan dimuat naik di media sosial.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai