ARTIKEL

PFA Odin akhiri saingan dengan kekalahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad PFA Odin Sarawak menutup saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2023 dengan diselubungi rasa gundah.

Anak-anak buah Mohd. Faizal Zamri tewas tipis (6-5) di tangan juara bertahan, Selangor Mac pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya sebentar tadi.

RAI JARINGAN… Beberapa pemain PFA Odin Sarawak meraikan jaringan. | FOTO GHAZALI BUJANG

Meskipun, berjaya memberi tentangan cukup sengit terhadap pasukan pelawat sepanjang saingan.

Namun, kesudahannya akur dengan kekalahan tersebut.

Himpunan enam gol Selangor Mac dijaringkan Muhammad Fariq Mohammad minit ke-6, Muhammad Faris Mohd. Johan minit ke-17 dan minit ke-31, Matheus Vasconcelos Silva minit ke-18, Syed Aizad Daniel Syed Nasir minit ke-22 dan Muhammad Bukhari Samsudin minit ke-37.

Manakala, gol PFA Odin Sarawak dijaringkan Alif Zulkarnain Suahaime minit ke-12 dan minit ke-30, Mohd. Hafiz Suhaimi minit ke-17, Iskandar Harun minit ke-19.

Selain, gol sendiri pertahanan Selangor Mac, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan minit ke-28.

Ketua jurulatih PFA Odin Sarawak, Mohd. Faizal Zamri tetap berbangga dengan karektor dipamerkan pemainnya.

“Kita akur dengan kekalahan tipis (6-5) ketika menentang Selangor Mac semalam.

“Apa yang pasti, ada peningkatan ketara ditunjukkan pemain terutama dari segi sentuhan jaringan,” ujar Faizal kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,