ARTIKEL

PGA lumpuhkan sindiket balak haram di Nanga Lipis Kanowit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pasukan Gerakan Am Batalion Ke-10 (PGA10) Sibu berjaya melumpuhkan kegiatan haram di Nanga Lipus, Kanowit dekat sini dengan anggaran rampasan bernilai RM556,996.
Perkara ini disahkan oleh pegawai pemerintahnya Supt Mohammad Hafiz Kadir dalam satu kenyataannya sebentar tadi.
Kata beliau, rentetan itu pihaknya berjaya merampas 300 tan kayu balak, dua buah jengkaut, sebuah enjin janakuasa dan sebuah mesin pam air.
Hafiz memberitahu rampasan tersebut merupakan kejayaan pertama pasukannya bagi membuka tirai pada tahun ini melalui Op Libas.
“Dua lelaki berusia 38 dan 39 tahun telah ditahan dalam operasi pada jam 10.21 pagi tadi.
 
“Serbuan itu melibatkan sepasukan 11 orang termasuk seorang pegawai dan 10 anggota dari cawangan Risik PGA10 Sibu yang membuat pemeriksaan serbuan di lokasi tersebut yang terdahulu telah memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai kanan polis kepada dua orang yang disyaki (OYDS) mengenai pemeriksaan yang dijalankan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha