ARTIKEL

Gambar hiasan

PGA rampas 8.35 tan beras seludup bernilai RM183,400

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 8.35 tan beras putih jenis Super Import yang disyaki diseludup dari Thailand, bersama sebuah lori, dengan nilai keseluruhan RM183,400 dalam operasi di Jalan Bukit Panau-Bukit Mas, Tanah Merah, Khamis lepas.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Ahmad Radzi Hussain menjelaskan rampasan itu merangkumi 167 guni beras, setiap satu seberat 50 kilogram (kg), yang dibawa menggunakan lori Isuzu berwarna putih.

Dua lelaki tempatan yang bertindak sebagai pemandu dan kelindan lori itu diberkas selepas cuba melarikan diri ke kawasan semak ketika kenderaan tersebut ditahan kira-kira 6 petang.

Pemeriksaan mendapati beras itu dianggarkan bernilai RM33,400 manakala lori berkenaan RM150,000, sementara soal siasat mendedahkan beras itu dipercayai dihantar dahulu ke Bachok dan pemandu menerima upah RM150 bagi setiap penghantaran.

Polis turut memperoleh maklumat tentang seorang lelaki dikenali sebagai “Denan” yang dipercayai mengatur dan menyelaras penghantaran itu, manakala semua barang rampasan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KPB) Kelantan untuk tindakan mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994 seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU