ARTIKEL

PGA Sarawak tahan dua lelaki Indonesia dalam Op Benteng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menahan dua lelaki warganegara Indonesia di kawasan Pos Biawak, Lundu semasa mengadakan rondaan Operasi Benteng COVID-19 di sempadan Malaysia-Indonesia hari ini.

Komander Briged SAC Mancha Ata  berkata,  dua lelaki itu ditahan pada kira-kira  7 pagi ini kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan cuba menyusup keluar ke Indonesia mengikut jalan yang tidak diwartakan.

“Kedua-dua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Polis Lundu dan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1956/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Mancha berkata pasukan Unit Risikan Batalion 10 PGA  berjaya menemukan 1,250 karton rokok keretek seludup pelbagai jenama bernilai RM158,424 termasuk cukai di jeti Durin di Sibu pada 9.15 pagi tadi.

Katanya lokasi itu disyaki digunakan untuk kegiatan transit barang-barang seludup sebelum diedarkan ke kawasan Kapit dan sekitarnya menggunakan laluan sungai.

“Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pasukan. Barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Daerah Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha