ARTIKEL

Kredit : PGA Briged Tenggara

PGA tumpas cubaan seludup 20 biri-biri di Pasir Mas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan menyeludup 20 biri-biri seberat lebih 600 kilogram di Kampung Seri Merbau, Pasir Mas pada Sabtu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas anggota Batalion 8 menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kampung berkenaan kira-kira 9.20 malam menerusi rondaan Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 20 biri-biri ditemui di dalam lori tersebut dengan nilai rampasan termasuk lori berjumlah RM115,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan kesemua barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya. -BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi