ARTIKEL

Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Chan Foong Hin

PH Sabah nafi dakwaan guna logo GRS pada pilihan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan yang mendakwa gabungan itu akan bertanding menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan PH Sabah, Datuk Chan Foong Hin berkata setakat ini tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai penggunaan logo atau bentuk kerjasama pilihan raya.

Menurutnya, sebarang keputusan hanya akan diumumkan menerusi saluran rasmi selepas perbincangan selesai.

Beliau berkata PH Sabah sentiasa mengutamakan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Chan turut meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau tafsiran yang mendahului proses rundingan yang masih berjalan seperti dipetik Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU