PH tidak lagi bayar elaun Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Sarawak

KUCHING: Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak berhasrat meneruskan pembayaran gaji dan elaun Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat di Sarawak mulai tahun depan.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berkata, pembayaran terbabit tidak diteruskan ekoran Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) bermula Januari tahun depan.

“Tiada lagi dana untuk tahun depan, itu yang saya faham,” katanya pada sidang media sempena dengan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Dun Ke-18 di sini hari ini.