ARTIKEL

PENGERUSI... Danny Cliffson

PIALA ADUN TEBEDU: Taee Union, DK36 FC turun aksi pembukaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Dua kelab handalan, Taee Union dan DK36 FC akan berentap pada aksi pembukaan Kejohanan Bola Sepak Tertutup Piala ADUN N.21 Tebedu, Dr Simon Sinang Bada 2026 pada Ahad ini (3 Mei).

Perlawanan kedua-dua pasukan terbabit akan bermula pukul 3.30 petang selepas majlis perasmian yang akan disempurnakan ADUN N.21 Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.

Pengerusi Kejohanan, Danny Cliffson berkata kejohanan terbabit dianjurkan oleh Belia Kampung Taee dengan kerjasama Saberkas Kampung Taee, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Taee serta Pusat Khidmat N.21 Tebedu.

Menurut Danny, sebanyak 23 pasukan akan berentap bagi memburu kejuaraan pada saingan kali ini.

“Kita menjangkakan pertembungan sengit akan berlaku dalam saingan kali ini,” ujar Danny kepada Arena Suara Sarawak.

Danny menegaskan kejohanan kali ini menghimpunkan pasukan yang mewakili pelbagai kelab, persatuan dan kampung dalam kawasan DUN Tebedu.

Jelas Danny, kesemua perlawanan akan berlangsung di padang bola sepak Kampung Taee, Serian.

Mengulas mengenai ganjaran, beliau berkata hadiah wang tunai yang lumayan menanti pemenang utama.

Pasukan yang berjaya merangkul gelaran juara bakal membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta piala dan pingat.

Manakala, naib juara akan menerima wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan