ARTIKEL

FOKUS MENANG… Pemain Kuching City FC kelihatan bersemangat ketika sesi latihan. - FOTO KCFC

Piala FA 2025: Kuching mahu elak penalti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui, mereka mahu mengelak aksi timbal balik menentang Brunei DPMM kempen Piala FA 2025 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok (Ahad) berlanjutan hingga ke penentuan sepakan penalti.

Sebaliknya, Kuching City FC akan berusaha mencari kemenangan untuk tempoh 90 minit masa permainan sebenar.

Pengendali kelahiran Singapura itu menegaskan, kemenangan tetap menjadi fokus anak buahnya untuk perlawanan malam esok.

“Kita berusaha untuk mencari kemenangan, itu fokus utama ditekankan kepada pemain.

“Bagaimanapun, latihan untuk sepakan penalti turut dipraktikkan semasa latihan, andaikata perlawanan malam esok kekal dengan keputusan seri,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menyatakan situasi tersebut (penalti) sememangnya mahu dielakkan terlebih dahulu setiap pasukan kerana ia boleh mencetus igauan luar jangkaan.

Dengan kata lain, apa-apa boleh berlaku.

Kuching City FC perlu menang sekurang-kurangnya dengan jaringan (2-0) ke atas Brunei DPMM bagi mengatasi defisit satu gol dimiliki kelab handalan dari negara jiran itu ekoran kemenangan (3-2) dicatat pada aksi pertama di gelanggang lawan pada 16 Ogos lalu.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU