ARTIKEL

TEPATI RAMALAN...Pemain pasukan X Movent

Piala FA Serian 2023: X Movent, Marr SC turut mara ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Dua pasukan, X Movent dan Marr SC berjaya menempah slot ke suku akhir kempen Piala FA Serian 2023.

Kedua-dua pasukan terbabit berjaya mengenepikan lawan masing-masing pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Serian sebentar tadi.

X Movent mengenepikan Bumitech dengan kemenangan besar (5-1), manakala kemenangan (5-0) dicatat Marr SC ke atas Bukar Seven.

Kemaraan kedua-dua pasukan terbabit mengiringi empat lagi pasukan lain iaitu TBS 23, Balai Ringin, BB United dan SP FC yang lebih awal menempah tiket ke peringkat tersebut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu menegaskan, tinggal dua lagi slot yang masih belum terisi.

Menurut Phillip, senarai dua lagi pasukan akan dapat diketahui selesai sahaja dua perlawanan membabitkan empat pasukan petang esok.

Black R akan menentang Tebedu (1:00 petang) dan Grace United akan menentang Gedong United (3:00 petang).

CARI RUANG…Penyerang Bukar Seven, Mac Gyver  Lengai (kanan) melarikan bola sambil dicabar pemain Marr SC, Andrian Ak Egon (kiri). – FOTO FAIZAL BUJANG

BERITA LAIN

BERITA TERBARU