ARTIKEL

KE SUKU AKHIR...Pasukan TBS 23.

Piala FA Serian: TBS, Balai Ringin mara ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Dua pasukan, TBS FC dan Balai Ringin FC menepati ramalan apabila berjaya mara ke suku akhir saingan Piala FA Serian 2023.

Kedua-dua pasukan terbabit berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik selepas memgatasi lawan masing-masing pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Serian petang tadi.

TBS FC mengatasi MK FC dengan jaringan (4-0). Berbanding kemenangan (2-0) diperoleh Balai Ringin FC ke atas Kres FC.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu menegaskan, dua lagi perlawanan akan berlangsung esok.

Pasukan KMS akan menentang BB United (1:00 petang). Diikuti perlawanan antara SP FC dan MDH FC (3:00 petang).

“Empat pasukan yang turun beraksi esok pastinya akan cuba fokus meraih kemenangan. Kita menjangkakan perlawanan sengit bakal disajikan pemain terbabit,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Kempen Piala FA Serian 2023 menyaksikan pembabitan 16 pasukan.

REBUT…Penyerang Balai Ringin FC, Mohd. Khusairi Morshidir (kiri) dan pemain pertahanan Kres FC, Jackson Sinampa (kanan) pada perlawanan petang tadi. – FOTO MOHD. ZULKARNAIN MANTAIM

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU