ARTIKEL

PIALA MALAYSIA 2021: Irfan gesa pemain lebih agresif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim optimis pemainnya siap sedia untuk menghadapi gelora kedua pertemuan dengan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru malam esok (Rabu).

Ia sekaligus menjadikan aksi timbal balik ini sebagai peluang untuk beroleh sebarang mata.

“Apa yang diharapkan, pemain harus tampil dengan lebih agresif.

“Ketepikan sikap terlalu hormat kepada pasukan lawan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau juga berharap agar para pemainnya berusaha memberikan persembahan terbaik dan tidak terlalu cepat putus asa.

Irfan akui pemainnya masih lagi dibuai kekecewaan ekoran kekalahan besar (5-1) hujung minggu lalu.

“Saya yakin dengan kemampuan para pemain, percayalah episod sama tidak akan berulang lagi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Irfan akan melakukan rombakan terhadap barisan kesebelasan terbaik dipertaruhkan untuk perlawanan malam esok.

“Malam esok kita mungkin menurunkan semula penyerang berpengalaman, Joseph Kallang Tie yang sebelum ini masih bergelut dengan kecederaan belakang.

“Selain itu pemain perancang Mohammad Adam Shreen Tambi,” jelasnya yang turut berharap kehadiran kedua-dua pemain itu akan dapat menambah kekuatan di posisi berbeza dalam pasukannya.

The City Boys masih lagi kekal berada di tangga tercorot Kumpulan B, menggumpul satu mata selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di