ARTIKEL

PIALA MALAYSIA 2021: Latihan tetap berjalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Meskipun diberi cuti rehat selama seminggu, pemain skuad Sarawak Untied FC (SU FC) tidak duduk diam begitu sahaja.

Sebaliknya, tetap ada kerja rumah dan melaksana rutin seperti biasa.

Ketua Jurulatih SU FC, E. Elavarasan menegaskan, pemainnya tetap berlatih tetapi dengan pendekatan berbeza iaitu dilaksana secara maya.

“Latihan pemain tetap berjalan seperti biasa tetapi menggunakan aplikasi zoom,” ujar Elavarasan kepada Arena Suara Sarawak

Menurut Elavarasan, beliau dapat memberi gambaran bila latihan di lapangan kembali di sambung.

Apa yang pasti katanya, besar kemungkinan latihan akan bersambung semula minggu depan.

“Persiapan susulan perlu diteruskan untuk mengharungi baki perlawanan kempen Piala Malaysia 2021,” tambah Elavarasan.

Skuad SU FC kini gah menghuni tangga teratas Kumpulan A, menggumpul 6 mata selepas cemerlang mencatat kemenangan pada dua perlawanan dilalui setakat ini.

BERITA LAIN

PYFCT 2025: Pemain SYFA B-14 Tetap Hebat

KOTA SAMARAHAN: Penampilan pemain muda bawah 14 tahun pasukan Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA B-14) dalam Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petrona 2026 yang

BERITA TERBARU