SEPANG: Tiga lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan ketiga-tiga individu tersebut.
Terdahulu, tular beberapa video memaparkan tiga individu dipercayai kesemuanya lelaki terbaring dan telah meninggal dunia akibat disambar petir ketika kejadian hujan lebat hari ini. – BERNAMA






