ARTIKEL

Rumah panjang 24 pintu di Kanowit musnah 80 peratus dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Rumah Seliau, Sungai Tuah sepanjang 24 pintu di sini dilaporkan musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi (Isnin).

Kebakaran yang melibatkan struktur bangunan sepanjang kira-kira 430 kaki dan selebar 100 kaki itu berlaku sekitar jam 1 pagi dan memusnahkan sebahagian besar kediaman berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.39 pagi sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit tiba di lokasi pada jam 2.30 pagi.

“Kebakaran memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan struktur rumah panjang berstruktur kekal itu.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi pemadaman turut mendapat bantuan anggota daripada BBP Sibu Jaya dengan kekuatan keseluruhan 16 anggota serta sokongan dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah kenderaan D-Max.

Andy berkata, operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos bantuan dan dua aliran hos sepanjang 400 kaki yang dilengkapi empat muncung pancutan air.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.53 pagi, manakala operasi pemadaman baki api dan pemeriksaan menyeluruh di lokasi diteruskan bagi memastikan tiada sumber api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.23 pagi.

BERITA LAIN

Jurutera Sarawak digesa tumpu tiga aspek penting

KUCHING: Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak digesa memberi tumpuan kepada tiga aspek penting, iaitu mengekalkan standard profesionalisme, melahirkan generasi jurutera masa depan dan menyumbang

BERITA TERBARU