ARTIKEL

Piala Malaysia 2021: SU FC fokus berjuang hingga wisel penamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Sarawak United FC (SU FC) akan lebih fokus sepanjang tempoh 90 minit aksi suku akhir kedua menentang Terengganu FC dalam kempen Piala Malaysia 2021di Stadium UiTM Shah Alam malam esok.

Ketua Jurulatih Sarawak United (SU FC) E.Elavarasan menegaskan, ia bagi membuka ruang untuk menempatkan mereka dalam kelompok empat terbaik (separuh akhir) seandainya berkeupayaan menumpaskan kelab handalan dari pantai timur itu.

“Tempoh tersebut menghadirkan tekanan luar biasa untuk kami, namun kami harus menang perlawanan malam esok jika mahu layak ke pentas separuh akhir,” tegas Elavarasan kepada Arena Suara Sarawak.

Perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Ahad lalu menyaksikan SU FC tewas (2-1).

Justeru, Elavarasan mahu pemainnya melupakan episod ngeri yang dialami lima hari lalu.

Dalam perkembangan sama, Elavarasan mengesa anak-anak buahnya tampil dengan corak permainan yang lebih bertenaga.

“Kita tahu Terengganu terkenal dengan corak permainan pantas mereka. Kami perlu mengimbanginya dan saya percaya barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan malam esok mampu menghadir tekanan kepada pasukan pelawat,” tambah Elavarasan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Todak Berjaya rangkul dua gelaran Raja Sungai

PUSA: Pasukan Todak Berjaya mengukuhkan reputasinya dalam arena regata Sarawak apabila muncul Raja Sungai Regata Tandang Sari (RTS) 2026 di Sungai Rimbas, di sini, hari