ARTIKEL

fb Kuching City FC

Piala Malaysia: Kuching City Lakar Sejarah Mara Ke Final Buat Kali Pertama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING, 18 April (Bernama) — Kuching City FC melakar sejarah tersendiri apabila mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas menewaskan Selangor FC dengan agregat 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Negeri di sini hari ini.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu mencatat kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir kedua selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 5 April lepas.

Pada pertemuan hari ini, Kuching City memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Petrus Shitembi pada minit ke-30.

Selangor sekali lagi ditimpa malang apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-52 selepas kapten skuad Gergasi Merah Mohammad Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah setelah semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan beliau melakukan kesalahan menghalang peluang jaringan.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon itu terus dirundung malang apabila seorang lagi pemain Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dibuang padang 11 minit kemudian susulan terjahan keras, sekali gus memaksa Selangor beraksi dengan sembilan pemain.

Kelebihan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan Kuching City untuk menambah jaringan, sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Kuching City bakal berdepan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), yang menepati ramalan menewaskan Kuala Lumpur City FC dengan agregat 8-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan