ARTIKEL

SERAH TAJAAN...Raymond Sim Hee Pang (kiri) menyerah piala kepada Datuk Abdullah Julaihi (kanan) pada majlis tersebut semalam. - FOTO GHAZALI BUJANG

Piala Perpaduan Sambir edisi ke-58 tawar hadiah lebih lumayan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN N.15 Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang akan membuka tirainya pada hari raya ketiga tahun ini dilihat lebih istimewa dengan pertambahan hadiah wang tunai bagi tiga pasukan terbaik.

Penaung Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Datuk Abdullah Julaihi berkata pasukan yang muncul juara musim ini akan menerima wang tunai RM7,000 termasuk piala pusingan, piala iringan, pingat, baucar barangan sukan tajaan Lea Sports Centre (LSC) serta jersi untuk perlawanan akhir.

“Naib juara pula akan menerima wang tunai RM5,000, piala iringan, pingat, baucar barangan sukan tajaan LSC serta jersi untuk perlawanan akhir.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM3,000, piala, pingat serta baucar barangan sukan tajaan LSC sebagai pemenang tempat ketiga bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Tajaan Piala Perpaduan ADUN N.15 Asajaya Edisi Ke-58 oleh LSC di Sarawak Plaza di sini, petang tadi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Urusan Lea Holdings (M) Sdn Bhd, Raymond Sim Hee Pang. Turut hadir Presiden KBSB, Penghulu Jalek Jaafar serta barisan exco kelab berkenaan.

Abdullah berkata empat pasukan yang tewas di peringkat suku akhir turut menerima wang tunai RM500 serta piala.

Selain itu, hadiah berupa baucar barangan sukan tajaan LSC turut disediakan kepada penjaring terbanyak serta pemain terbaik kejohanan.

Beliau turut memaklumkan sambutan terhadap kejohanan tersebut sentiasa memberangsangkan setiap kali dianjurkan, khususnya sebagai acara tradisi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Sambir, Asajaya.

Menurutnya, setakat ini lebih 20 pasukan telah mengesahkan penyertaan, namun pihak penganjur menghadkan penyertaan kepada 50 pasukan sahaja.

Ini kerana perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 4 April depan.

“Sambutan setiap tahun cukup memberangsangkan. Walaupun lebih 20 pasukan telah mengesahkan penyertaan setakat ini, namun kita menghadkan kepada 50 pasukan sahaja,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) serta Lea Sports Centre atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan penganjuran kejohanan tersebut.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh KBSB dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS).

Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan ADUN N.15 Asajaya edisi ke-58 ini merupakan tradisi tahunan yang menjadi pengisian utama sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Sambir, Asajaya.

Ia juga menjadi tumpuan peminat serta penggiat sukan bola sepak dari kawasan Samarahan, Kuching, Serian dan daerah sekitarnya.

Kejohanan tersebut turut dianggap sebagai antara pertandingan bola sepak tertua di Sarawak apabila mula dianjurkan sekitar tahun 1967 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Sambir Express, sebelum dikenali sebagai Piala Ketua Menteri dan kemudiannya Piala Perpaduan sehingga kini.

Selain itu, kejohanan berkenaan juga menjadi platform penting untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak apabila beberapa pemain negeri dilaporkan pernah lahir daripada penganjuran pertandingan di Kampung Sambir sejak sekitar tahun 1980-an.

Senarai Juara Kejohanan Bola Sepak Sambir 1867 -2024
Piala Sambir

1967 – Kg. Rebak
1968 – Kg. Rebak
Piala Piala Rajah Rajah Express 1969Express 1969–19891989
1969 – Kg. Serpan Laut
1970 – Kg. Moyan Ledang (Hujan Panas)
1971 – Kg. Rebak
1972 – Kg. Rebak
1973 – Kg Moyan Laut
1974- Tiada Pertandingan – Operasi Jala Raja
1975 – Kg. Rebak
1976 – Kg. Rebak
1977 – Kg. Sebandi Matang
1978 –Flemenggo ( Tabuan)
1979 – Flemenggo ( Tabuan)
1980 – Kg. Sejingkat
1981- Sri Muara Tebas
1982 – Tabuan Foochow
1983 – Sri Muara Tebas
1984 – Rebak
1985 – Katahil ( Tabuan)
1986 – Kg. Rebak
1987 – Pamopiyo
1988 – Pamopiyo
1989 – Pamopiyo ( Piala Pusingan Piala Sambir Express – hak milik pasukan Pamopiyo)
Juara Piala Ketua Menteri
1990 – Kg. Buntal
1991- Kahada 1 ( Tabuan)
1992 – Kg. Tambirat ( Projek)
1993 – Tabuan Foochow
1994 – Katahil
1995 – Kasita ( Sibu Laut)
1996 – Projek Kg. Tambirat
1997 – Superstar ( Tabuan)
1998 – Superstar ( Tabuan)
1999 – FC Losso
1999/2000 – FC Losso (Kuching)
2000 – Katahil (Kuching)
2001 – FCT (Tabuan)
2002 – FCT (Tabuan)
2003 – FCT (Tabuan) – Piala Pusingan Hak Milik Pasukan Johan
Juara Piala Perpaduan
2004 – Nurbia Selected (Kuching)
2005 – Ijam FC
2006 – Kaslo FC
2007 – WAFA UTD
2008 – Lubok Punggor
2009 – Khatulistiwa
2010- IZZANI
2011- KASLO FC
2012 – JASS FC
2013- KHATULISTIWA
2014 – Sri Muara
2015 – Sebandi Matang
2016 – Sebandi Matang
2017 – Empila A
2018 – Empila B
2019 – Benchelang FC
2020 – Covid19
2021 – Covid19
2022 – Jass FC
2023 – Sahaban FC
2024 – Tabuan FT
2025 – KBSB 1
2026 ????

BERITA LAIN

BERITA TERBARU