ARTIKEL

Piala RCBP Serian: 32 pasukan buru gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sejumlah 32 pasukan berentap untuk memburu gelaran juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala RCBP Serian 2023 yang disingkap tirainya di padang Kampung Payau Achau, Serian semalam.

Himpunan pasukan bertanding mewakili pelbagai kampung serta kelab handalan sekitar Bahagian Serian.

Kejohanan tersebut dianjur oleh Kelab Bola Sepak Rimong Crocs United Sri Aman dengan kerjasama Kelab Belia Bidak Plaman Serian.

Presiden Kelab Bola Sepak Rimong Crocs United Sri Aman, Raymond Lori memberitahu, kejohanan kali ini menyediakan hadiah lumayan kepada empat pasukan terbaik.

“Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima hadiah wang tunai RM3, 000 beserta piala dan pingat.

“Tempat kedua pula akan menerima wang tunai RM2,000 termasuk piala dan pingat.

“Sementara tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat,” katanya.

Sambil itu katanya, hadiah wang tunai RM500 termasuk piala dan diterima pasukan yang menduduki tempat keempat.

Jelas Raymond lagi, pihaknya turut menyediakan wang tunai dan piala bagi pemain yang dipilih untuk anugerah pemain terbaik perlawanan akhir kelak.

Majlis perasmian kejohanan terbabit telah disempurnakan oleh Ketua Kaum Kampung Bidak Plaman, Nivenly Philip.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu