ARTIKEL

PIBG SK Kampung Tellian agih bantuan bakul makanan PKP Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 151 orang ibubapa menerima agihan Bantuan Bakul Makanan PKP COVID-19 yang dianjurkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Tellian Mukah.

Agihan tersebut diketuai oleh Yang Dipertua PIBG, James Anthony yang dibantu AJK PIBG yang lain.

Menurut James, idea mengagih bantuan tersebut hasil daripada perbincangan didalam grup WhatsApp JK PIBG sekolah yang menyokong supaya agihan Bantuan Bakul Makanan dapat dijalankan dalam masa PKP ini.

“Kita harap pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibubapa di sekolah ini yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) COVID-19 ini,” katanya.

“Sebelum melaksanakan agihan ini, PIBG terlebih dahulu mendapatkan nasihat cara agihan bantuan ini daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mukah dan agensi yang berkaitan,” tambahnya.

Syukur… John Petrus terharu menerima bantuan.

Proses pengagihan berjalan lancar dengan mematuhi SOP PKP yang telah dimaklumkan.

Menurut Guru Besar sekolah berkenaan, Syazana Abdullah @ Rupina Tambi, beliau dan warga sekolah merakamkan terima kasih atas inisiatif PIBG kerana peka dan prihatin akan keadaan dan keperluan ibubapa dalam keadaan PKP sekarang ini.

“Kita tahu, ada ibubapa yang terjejas mata pencarian semasa PKP ini,” ujarnya.

Manakala, John Petrus, 47, bapa kepada tiga orang anak di sekolah berkenaan amat terharu dengan agihan bantuan tersebut dan memanjatkan syukur dan terima kasih atas usaha murni ini.

“Saya tidak menyangka PIBG sekolah ini dapat membuat program sebegini dan amat berterima kasih kepada semua yang terlibat,” tambah beliau.

Sebagai rekod, SK Kampung Tellian Mukah mempunyai seramai 221 orang murid, 20 orang guru dan tiga orang kakitangan pelaksana.

SK Kampung Tellian yang menumpang bangunan di SK Mukah dan masih menunggu untuk memasuki bangunan baharu di Kampung Tellian Tengah Mukah.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha