ARTIKEL

instagram khairulaming

Pilih pempengaruh positif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARU-BARU ini Kementerian Komunikasi mengingatkan para pempengaruh supaya berhati-hati apabila mengendalikan audio siar (podcast) atau memuat naik kandungan di media sosial.

Menurut kementerian itu, kerajaan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan jika perlu terhadap individu membuat kandungan kurang membina.

Ia susulan tindakan segelintir pempengaruh yang membuat kandungan kurang membina sehingga memberi kesan kepada masyarakat.

Dalam era digital hari ini, pempengaruh sememangnya mempunyai kesan ketara ke atas khalayak ramai.

Sebab itu mereka perlu mengutamakan penyampaian kandungan yang positif.

Biasanya pempengaruh mempunyai pengikut yang ramai di platform media sosial, mempunyai kuasa untuk membentuk pendapat, sikap dan tingkah laku. Justeru, kandungan positif daripada pempengaruh secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat.

Sama ada mempromosikan kebaikan, kemampanan alam sekitar atau kesejahteraan mental, pempengaruh juga mempunyai platform unik untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif.

Dengan mempamerkan cerita yang membangkitkan semangat, memupuk keterangkuman dan memperjuangkan tujuan sosial, pempengaruh turut menyumbang kepada persekitaran dalam talian yang lebih sihat.

Selain itu, pempengaruh juga menggunakan platform mereka untuk menyerlahkan pertumbuhan peribadi, daya tahan dan kisah kejayaan.

Sebagai contoh, Khairul Aming merupakan antara pencipta kandungan yang paling berjaya, lulusan universiti luar negara, tapi langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak perlu sekolah, gagal SPM pun tidak apa-apa.

Khairul Aming ini terkenal kerana sering berkongsi resipi makanan sebelum beliau berjaya mengeluarkan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet.

Malah baru-baru ini produk terbaharu beliau, Dendeng Nyet Berapi terjual sebanyak 80,000 pek dalam masa tiga minit.

Ini adalah satu suri teladan yang baik. Khairul Aming adalah satu dalam sejuta.

Ketika Khairul Aming menang anugerah Creator of The Year, beliau malah berpesan kepada anak muda supaya meneruskan pelajaran walaupun ingin menjadi pempengaruh.

Beliau mengingatkan bahawa sebagai pencipta kandungan, bukan sekadar untuk tular tetapi untuk kekal relevan dalam industri harus banyak ilmu pengetahuan.

Ini adalah salah satu pempengaruh yang positif, bukan sahaja berkongsi kandungan motivasi yang dapat memperkasakan penonton mereka, malah memupuk rasa optimistik dan galakan.

Pempengaruh positif ini melangkaui alam maya, memberi kesan kepada kehidupan individu dengan cara yang ketara. Dalam bidang pendidikan, pempengaruh juga memainkan peranan penting dengan menyebarkan kandungan bermaklumat.

Kesimpulannya, pempengaruh memikul tanggungjawab untuk memanfaatkan jangkauan mereka untuk memberi impak positif.

Dengan mencipta kandungan bernilai tinggi, mendidik dan memberi inspirasi, pempengaruh yang positif juga menyumbang kepada landskap digital yang memupuk kesejahteraan kolektif dan kemajuan masyarakat.

Malah dengan berbekalkan keupayaan untuk membentuk persepsi, pempengaruh berpotensi memupuk budaya positif serta memberi impak membina buat audiens mereka.

Akhir sekali, kita sebagai individu bertanggungjawab juga perlulah bijak mengikut atau memilih pempengaruh yang dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan kita. Bertanggungjawablah kepada diri sendiri.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha