ARTIKEL

Ruang makan berasingan.

Pilihan konsep ruang makan

MARYLIND EDWARD PELATIH UiTM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ruang makan bukan lagi sekadar tempat untuk menjamu selera, sebaliknya menjadi salah satu elemen penting dalam reka bentuk dalaman sesebuah rumah.

Perubahan gaya hidup moden yang lebih santai dan fleksibel telah mempengaruhi cara masyarakat memilih konsep ruang makan yang sesuai dengan keperluan harian mereka.

Sama ada untuk keluarga kecil atau majlis bersama-sama tetamu, pemilihan ruang makan memainkan peranan besar dalam mewujudkan suasana yang selesa dan praktikal.

Selain fungsi utama sebagai tempat makan, ruang ini kini turut dijadikan ruang interaksi sosial.

Di sinilah ahli keluarga berkumpul, berbual dan meluangkan masa berkualiti bersama.

Justeru, pemilihan jenis ruang makan bukan sahaja bergantung pada saiz rumah, tetapi juga gaya hidup, cita rasa dan keutamaan pemilik rumah itu sendiri.

Ruang Makan Berasingan

Ruang makan berasingan merujuk kepada ruang khas yang diasingkan dari ruang lain seperti dapur atau ruang tamu.

Kebiasaannya, ruang ini mempunyai pintu atau sekurang-kurangnya pembahagi yang jelas bagi memberikan privasi kepada pengguna.

Konsep ini sering digunakan di dalam rumah yang lebih besar atau kediaman yang menitikberatkan susun atur tradisional.

Dari segi keselesaan, ruang makan jenis ini juga bebas daripada gangguan seperti bunyi bising dari dapur atau bau masakan yang kuat.

Ruang Makan Terbuka

Ruang makan terbuka semakin popular dalam kalangan pemilik rumah moden kerana konsepnya yang luas dan tidak terhad.

Ia biasanya digabungkan dengan ruang tamu atau dapur tanpa dinding pemisah, sekali gus mewujudkan suasana lebih santai dan mesra.

Namun, kekurangan utama ruang ini ialah kurangnya privasi serta kemungkinan gangguan seperti bunyi atau bau dari dapur.

Walaupun begitu, konsep ini tetap menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang praktikal dan sesuai dengan gaya hidup moden yang lebih santai.

Ruang Makan Dapur

Ruang makan dapur merujuk kepada ruang makan yang terletak terus di kawasan dapur.

Ia biasanya melibatkan meja makan kecil atau kaunter yang digunakan untuk menikmati hidangan secara ringkas dan cepat.

Selain itu, ruang makan dapur juga memberikan suasana santai dan tidak formal kerana lebih sesuai digunakan untuk sarapan atau makan malam ringan bersama keluarga.

Walaupun reka bentuknya lebih ringkas, ia tetap mampu memberikan keselesaan jika disusun dengan baik.

Namun, ruang ini mungkin kurang sesuai untuk menerima tetamu kerana keadaannya yang lebih kasual dan terdedah kepada suasana dapur.

Ruang Sudut Makan

Sudut makan atau dining nook merupakan ruang kecil yang biasanya terletak di penjuru rumah atau berhampiran tingkap.

Reka bentuknya bertujuan memberikan suasana lebih intim dan selesa, sesuai untuk keluarga kecil atau individu yang tinggal bersendirian.

Ia sering dilengkapi tempat duduk terbina dalam, meja kecil dan dekorasi minimalis.

Sudut makan menjadi pilihan kerana dapat menjimatkan ruang dan sesuai untuk rumah atau apartmen kecil.

Namun, kekangan utama sudut makan ialah kapasiti yang terhad dan kurang sesuai untuk majlis besar.

Ruang Makan Luar

Ruang makan luar dipilih untuk memberikan pengalaman makan yang lebih santai dan dekat dengan alam semula jadi.

Ia biasanya terletak di laman, patio atau kawasan terbuka rumah.

Suasana ini memberikan kelainan berbanding ruang makan di dalam rumah.

Dari segi reka bentuk, ruang ini menggunakan perabot yang tahan cuaca seperti kayu atau besi khas.

Ruang ini sesuai untuk aktiviti santai seperti barbeku, majlis kecil atau makan hujung minggu bersama keluarga.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat