ARTIKEL

Pilihan raya Bangladesh kekal ikut jadual asal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus berkata pilihan raya bagi memilih Parlimen baharu akan diadakan mengikut jadual pada 12 Feb, meskipun jutaan dolar dibelanjakan oleh “penyokong rejim yang digulingkan” untuk mengganggu proses pilihan raya itu.

“Rakyat negara ini tidak sabar untuk menunaikan hak mengundi mereka yang telah dirampas oleh rejim autokratik,” kata Yunus, merujuk kepada pentadbiran bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina yang digulingkan.

Yunus membuat kenyataan itu pada malam Isnin dalam perbualan telefon dengan Sergio Gor, Duta Amerika Syarikat ke India yang juga berkhidmat sebagai utusan khas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi Asia Selatan dan Asia Tengah.

Menurut laporan agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha, Yunus menuduh Hasina yang melarikan diri ke India pada Ogos 2024, sebagai menghasut keganasan.

Bangladesh turut digegarkan dengan pembunuhan pemimpin belia Sharif Osman Hadi bulan ini, yang merupakan tokoh popular dalam kebangkitan anti-Hasina.

Pembunuhan itu serta hubungan Amerika Syarikat–Bangladesh turut dibincangkan dalam perbualan telefon berkenaan.

Biro Hal Ehwal Asia Selatan dan Asia Tengah Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu hantaran di platform X memaklumkan bahawa Gor telah mengadakan perbualan yang produktif dengan Yunus bagi membincangkan perkembangan terkini di Bangladesh serta kepentingan Amerika Syarikat dalam memajukan kemakmuran melalui perdagangan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha