ARTIKEL

Pilihan raya Presiden AS, Hillary Clinton sokong Biden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Bekas calon presiden Parti Demokrat Hillary Clinton pada Selasa menyuarakan sokongannya kepada Joe Biden, calon parti itu yang akan bertanding merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

“Ini adalah saat kita perlukan pemimpin, presiden, seperti Joe Biden,” kata Clinton.

“Saya ingin suarakan sokongan terhadap calon presiden kita,” kata Clinton yang pernah menjadi setiausaha negara AS.

Beliau menyifatkan Biden sebagai “kawan” dan tokoh yang telah “bersiap sedia untuk mengharungi keadaan sekarang.”

Biden mengucapkan terima kasih atas “sokongan luar biasa” yang diberikan Clinton itu.

Sehari sebelum itu, Speaker Dewan Nancy Pelosi turut menyatakan sokongan terhadap Biden.

Setakat ini, Biden telah mendapat sokongan secara rasmi daripada bekas Presiden Barack Obama, Bernie Sanders dan Elizabeth Warren serta dua calon presiden parti itu sebelum ini iaitu John Kerry dan Al Gore. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU