ARTIKEL

Pintu air atasi air bertakung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LINGGA: Adun Lingga Simoi Peri menunaikan janjinya untuk membina pintu air di Kampung Tengah Lingga ekoran masalah air bertakung di kawasan rumah penduduk.

Katanya, pembinaan pintu air tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas proses cabutan undi disusun atur oleh Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

“Sebelum ini saya pernah berjanji untuk mengatasi masalah tersebut.

Melihat situasi semakin mendesak dengan keadaan air masuk ke kawasan rumah penduduk serta lambat mengalir ke sungai, projek itu harus disegerakan.

“Hari ini saya mengotakan janji dengan menyenaraikan projek tersebut menerusi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM100,000,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Projek RTP Dun Lingga.

Jelasnya, projek berkenaan dimohon oleh penduduk Kampung Tengah Lingga.

Simoi terdahulu mengambil maklum kesulitan rakyat apabila pintu air sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan air memasuki kawasan rumah.

“Insya-Allah saya yakin, apabila projek ini siap kelak, masalah air bertakung terutamanya pada musim banjir dan fenomena air pasang besar akan dapat diatasi,” ujarnya.

Beliau berharap pelaksanaan projek pembangunan lain di Dun Lingga akan dipercepatkan demi kesejahteraan rakyat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha