ARTIKEL

DATUK PATINGGI TAN SRI ABANG JOHARI TUN OPENG dan Azizul Annuar Adenan menekan hon pada acara akhir Raja Sungai pada Regata Batang Kayan 2026. | Foto: Ramidi Subari

Pintu sempadan Biawak bakal dipertingkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Kerajaan Sarawak akan meningkatkan taraf pintu sempadan Biawak bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan perniagaan antara Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peningkatan taraf pintu sempadan berkenaan akan menjadi saluran penting kepada kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam konteks pembangunan ASEAN.

Katanya, hubungan lebih kukuh dengan Kalimantan dijangka memberi limpahan ekonomi kepada Sarawak menerusi peningkatan hubungan perniagaan antara kedua-dua wilayah.

DATUK PATINGGI TAN SRI ABANG JOHARI TUN OPENG (tengah) meraikan pasukan Landas Saga Sebuyau selepas muncul sebagai ‘Raja Sungai’ Regata Batang Kayan 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Regata Batang Kayan 2026 di Dataran Lundu, di sini, semalam.

Abang Johari berkata, Sarawak turut menerima kunjungan Pengerusi Dewan Perniagaan Indonesia bersama delegasinya yang menyatakan hasrat untuk mewujudkan rangkaian kerjasama ekonomi Borneo.

Katanya, rangkaian berkenaan akan menghubungkan ekonomi Borneo dengan ekonomi serantau ASEAN, sekali gus membuka peluang baharu kepada Sarawak untuk memperluas kerjasama ekonomi.

BERITA LAIN

Sarawak antara lokasi penubuhan Pusat NICE

KUCHING: Sarawak dan Pulau Pinang dikenal pasti sebagai lokasi penubuhan dua Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) bagi memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan berkualiti dan mampu

BERITA TERBARU