ARTIKEL

PKMB kesan waris bayi berusia 14 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching (PKMB) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki berusia 14 hari, yang kini di bawah kendalian Pelindung Kanak-Kanak pejabat tersebut.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, bayi berkenaan diletakkan di ‘Baby Hatch’, Borneo Medical Centre (BMC) pada 15 Jun lalu.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan ditinggalkan di dalam ‘Baby Hatch’, berpakaian lengkap bersama dengan satu botol susu serta sekeping nota yang bertulis ‘Izzy Haziq, lelaki, 14 Jun 2025, pukul 11.40 malam’,” katanya.

Bagaimanapun kata JKMS, kanak-kanak tersebut selesai mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kini diletakkan di tempat selamat iaitu Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah (RKKTPHN).

Justeru kata kenyataan itu, PKMB perlu mengesan waris untuk mendapatkan maklumat bagi pengurusan penempatan kanak-kanak serta pendaftaran Sijil Kelahiran.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali ibu kandungnya diminta menghubungi Pelindung, Nurkhuzaimah Abdullah di talian 082-507111 atau 507999 dengan segera.

KESAN… Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki berusia 14 hari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November