ARTIKEL

Bayi perempuan yang ditinggalkan di bilik rumah sewa Jalan Tunku Osman, Sibu pada 10 April lalu.

PKMB Sarikei cari ibu tinggal bayi di rumah sewa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei (PKMB Sarikei) sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan di bawah kendalian Pelindung Kanak-kanak di pejabat kebajikan tersebut.

PKMB Sarikei telah menerima seorang bayi perempuan yang telah ditinggalkan di bilik rumah sewa Jalan Tunku Osman, Sibu pada 10 April lalu, berusia dalam anggaran 3 bulan.

Laporan polis pertama telah dibuat di Balai Polis Sentral, Sibu.

Untuk makluman, kes ini masih dalam siasatan Pelindung mengikut keperluan Akta Kanak-kanak 2001.

Pelindung perlu mengesan waris untuk mendapatkan maklumat bagi pengurusan penempatan kanak-kanak serta pendaftaran Sijil Kelahiran bayi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali ibu kandung kanak-kanak diminta menghubungi Pelindung Kanak-kanak iaitu Atika atau Emy di talian 084-651005 atau 084-644750 dengan segera.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu