ARTIKEL

PKP: Jualan dalam talian Fingo melonjak hingga 200 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengendali pasaran e-dagang sosial Fingo Group Ltd menerusi anak syarikatnya, Fingo Malaysia Sdn Bhd, berjaya mencatat peningkatan jualan dalam talian sebanyak 150 peratus hingga 200 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas, berbanding bulan sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Jack Yi berkata pencapaian itu membuktikan populariti aplikasi beli-belah dalam talian Fingo berikutan kemudahan serta penjimatan yang ditawarkan.

“Kami percaya e-dagang sosial itu tidak hanya unik dari segi meningkatkan pengalaman beli-belah dalam talian, tetapi turut menjadi satu gaya hidup yang menghubungkan orang ramai.

“Dalam krisis global ini, Fingo juga seiring dengan Malaysia bagi memastikan kestabilan perkhidmatan beli-belah dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fingo juga berada di landasan tepat dengan mempunyai keahlian lebih 5,000,000 pengguna dalam tempoh hanya 12 bulan di pasaran.

Bilangan itu termasuk lebih 500,000 Pembeli Utama yang boleh meraih pendapatan menarik dari Fingo menerusi sistem unik perolehan semula tunai sepanjang tempoh pandemik itu.

“Sejajar dengan pertumbuhan pesat itu, kami turut mendapat dorongan oleh rakan logistik tempatan yang meningkatkan kapasiti mereka untuk mengendalikan lebih banyak pesanan serta memendekkan tempoh penghantaran,” katanya.

Malah, pertumbuhan Fingo itu juga merupakan berita baik bagi pembekal tempatan yang setakat ini menawarkan lebih 100,000 produk, termasuk 20 peratus yang dihasilkan di peringkat tempatan.

Fingo yang memiliki rangkaian rentas sempadan ASEAN yang luas, juga menyasarkan untuk menghubungkan peniaga dan pengeluar Malaysia ke pasaran dalam talian serantau menerusi cabang e-niaganya.

Pada masa sama, Fingo yang boleh dihubungkan menerusi rangkaian sosial utama seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram, sekali gus dapat mengembangkan jangkauan perniagaan dan pengguna.

Syarikat itu turut merancang untuk meneroka pasaran e-dagang yang pesat selain memanfaatkan peluang perniagaan yang besar di rantau ASEAN.– BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan