ARTIKEL

PKP Kapit, Song: Tidak perlu pembelian panik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) menasihati penduduk Kapit dan Song agar tidak membuat pembelian panik menjelang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 2 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu berkata, situasi pembelian panik yang berlaku di kedua-dua kawasan berikutan arahan PKP yang diumumkan akan mengeruhkan keadaan.

“Oleh itu, saya sudah mengarahkan anggota penguat kuasa KPDNHEP Sarawak untuk sentiasa memantau bekalan barangan keperluan penduduk di kawasan terlibat sepanjang PKP ini.

“Selain itu, anggota penguat kuasa KPDNHEP juga akan melakukan pemantauan bagi mengelakkan sebarang aktiviti pencatutan oleh peniaga di waktu sukar ini,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Sementara itu, beliau memohon kepada semua penduduk di Kapit dan Song yang dikenakan PKP agar kekal bertenang dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa untuk kekal berada di rumah.

Beliau memandang serius penularan jangkitan Covid-19 selain menyedari kegusaran yang dihadapi oleh semua penduduk di kedua-dua kawasan yang sebelum ini merupakan kawasan hijau.  “Pejabat wakil rakyat Parlimen Kapit dan Adun Bukit Goram akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak Covid-19 berjaya dikekang sepenuhnya.

“Wakil saya di Kapit juga akan cuba menyalurkan bantuan yang boleh disampaikan kepada penduduk yang terjejas dan akan sentiasa memaklumkan dan mengemas kini informasi kepada penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati masyarakat supaya meningkatkan kesedaran mengenai amalan pencegahan jangkitan virus ini demi kebaikan semua pihak.  Menurut beliau, perkara paling penting adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mengamalkan norma baharu terutama membabitkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, sanitasi tangan dan mengelakkan perhimpunan ramai.

“Saya yakin, jika kita dapat mendidik serta mengawal diri dan keluarga masing-masing, kita akan berjaya mengekang penularan wabak ini, bukan sahaja di Kapit dan Song, Sarawak tetapi Malaysia secara keseluruhannya.

“Justeru itu, marilah kita bersama-sama mengambil tanggungjawab untuk memainkan peranan masing-masing dalam usaha melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negara yang kita sayangi ini,” katanya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan pelaksanaan PKP selama dua minggu di Kapit dan Song, berkuat kuasa 12.01 tengah malam 2 Februari 2021 hingga 11.59 malam 15 Februari 2021.  Langkah itu dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha