PKPD di Sibu tidak ada unsur pilih kasih – Annuar

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) tidak melakukan diskriminasi atau pilih kasih dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terhadap kawasan yang disasarkan di sini.

Penyelarasnya Dr Annuar Rapaee (gambar) berkata, keputusan untuk melaksanakan PKPD tidak berdasarkan komposisi kaum di kawasan sasaran tetapi berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan data kes Covid-19 di kawasan tertentu.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, JPBBS mengenakan PKPD di rumah pangsa dan perumahan Townvilla Sibu Jaya dan Skim Penempatan Semula Sentosa Timur Fasa II, penutupan Pasar Sentral Sibu selama tiga minggu dan yang terakhir melakukan pengesanan kes aktif (ACD) yang disasarkan untuk Zon Tiong Hua bermula Rabu lalu.

Dr Annuar memaklumkan, beliau terdorong untuk menangani masalah itu kerana beberapa pihak mempertikai keputusan pihak berkuasa untuk melakukan ACD di Zon Tiong Hua daripada melaksanakan PKPD.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak hari ini

Suara Sarawak