ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui selepas majlis pelancaran Persidangan dan Pameran Penilaian Impak Sosial dalam Ekonomi Sedang Membangun (SIAC 2026) di sini, hari ini | Foto: Mohd Alif Noni

PKR bertanding atau tidak, tidak dibincang dalam pertemuan bersama Saifuddin – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertemuan antara Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam tidak menyentuh keputusan PKR untuk bertanding mahupun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13.

Premier Sarawak itu berkata, pertemuannya dengan Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri, hanya mendapatkan maklum balas pendirian Sarawak berhubung pilihan raya.

“Beliau datang ke rumah saya semalam dan kami minum air minuman Milo bersama-sama.

“Beliau hanya mendapatkan maklum balas pendirian kita berhubung pilihan raya dan saya serahkan perkara itu kepada beliau serta partinya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Persidangan dan Pameran Penilaian Impak Sosial dalam Ekonomi Sedang Membangun (SIAC 2026) di sini, hari ini.

Ketika ditanya adakah Saifuddin ada menyatakan PKR tidak akan bertanding di Sarawak, Abang Johari berkata, perkara itu juga tidak disebut dalam hantaran Facebook menteri berkenaan.

Sebaliknya, kata Abang Johari hantaran itu menyebut berkaitan kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan.

PKR ketika ini sedang memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi bersama DAP dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) bagi mengelakkan pertembungan sesama parti, dengan senarai calon dijadual diumumkan esok (25 November).

GPS sebelum ini mengesahkan akan bertanding di kesemua 82 kerusi DUN, selain menyatakan pendirian untuk menghadapi pilihan raya tanpa kerjasama dengan parti di luar gabungan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BOJAN SAH KEMUDI HARIMAU MALAYA

KUCHING: Bekas pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, manakala Tan Cheng Hoe diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pasukan Kebangsaan. Persatuan