ARTIKEL

Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

PKR kesal laporan salah terhadap KPN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti itu seperti yang disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar tempatan semalam.

Setiausaha Agung PKR Dr. Fuziah Salleh berkata penyebaran profil yang salah dan berkait dengan parti politik boleh menjejaskan imej serta kredibiliti Ketua Polis Negara, selain boleh menimbulkan persepsi negatif kepada PKR sebagai parti pemerintah sekiranya terdapat rakyat mempercayai bahawa lantikan Mohd Khalid dibuat atas dasar lantikan politik.

“PKR kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15 Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PKR berpendirian kesilapan itu tidak wajar berlaku dan menggesa agar satu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak akhbar terbabit.

Fuziah turut menyertakan lampiran senarai Pengerusi MPN Kedah mengikut tahun lantikan:
• 1999 – Tan Sri Johari Abdul
• 1999 – Datuk Sheikh Azmi Ahmad
• 2000 – Tan Sri Johari Abdul
• 2004 – Akashah Ismail
• 2005 – Tan Sri Johari Abdul
• 2007 – Datuk Zamri Yusuf
• 2008 – Datuk Ahmad Kasim
• 2010 – Datuk Wan Salleh Wan Isa
• 2013 – Tan Sri Johari Abdul
• 2014 – Dr. Azman Ismail
• 2018 – Tan Sri Johari Abdul
• 2022 – Nurul Izzah Anwar
• 2023 – Nurin Aina Abdullah

Mohd Khalid, 60, yang dilantik sebagai KPN ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa semalam, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 Sept 2021.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU