ARTIKEL

Ketua Penerangan PKR Melaka Eddiarman Mohd Yunos | Bernama

PKR Melaka nafi poster tular bahan rasmi parti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka menegaskan bahawa poster politik yang memaparkan bendera negeri Melaka serta foto pemimpin parti yang tular di media sosial baru-baru ini bukanlah siaran rasmi parti mahupun Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan PKR Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, menjelaskan bahawa poster yang mengandungi kesilapan pada bendera negeri dan susunan gambar pemimpin itu dihasilkan oleh individu yang tidak mewakili parti, tidak berkaitan dengan sebarang program, dan telah pun diturunkan.

Beliau menyatakan bahawa PKR Melaka sentiasa menjunjung kehormatan bendera, jata, serta lambang kebesaran negara dan negeri, selain memastikan susunan kepimpinan dipaparkan dengan betul dalam setiap bahan rasmi.

Menurutnya, poster tersebut gagal memenuhi aspek berkenaan sekali gus menunjukkan kelemahan kecerdasan buatan (AI) generatif dalam menghasilkan visual yang tepat dan sensitif.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penyokong dan jentera parti supaya lebih berhati-hati serta bertanggungjawab dalam menggunakan visual janaan AI serta berkongsi kandungan di media sosial, selain merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang peka terhadap isu tersebut seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan