ARTIKEL

PKR Sarawak harap Rafizi tidak lagi disenarai hitam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tatkala Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon PKR Sarawak bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijadual esok, namun ahli-ahli parti itu diselubungi kebimbangan mengenai kemasukan timbalan presiden mereka, Rafizi Ramli ke Bumi Kenyalang ini.

Ia kerana Rafizi yang akan mengikuti Anwar untuk Jelajah Mega Harapan ke Sarawak esok, kini masih dalam status dilarang atau disenarai hitam untuk memasuki negeri ini.

Pengerusi PKR Sarawak Roland Engan berkata mereka kini sedang menunggu kelulusan dari Kerajaan Sarawak bagi membolehkan Rafizi terbang ke Sarawak bagi menyertai jelajah berkenaan.

Roland (dua kanan) bersama-sama Abun Sui (dua kiri), Abang Zulkifli (kanan) dan Yee (kiri) semasa sidang media di Pusat Komuniti Keadilan, Miri hari ini.

“Kami harap kali ini larangan itu ditarik balik supaya beliau boleh menyertai kami untuk acara Jelajah Mega Harapan,” katanya pada sidang media di Pusat Komuniti Keadilan, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Abun Sui Anyit, Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh dan Pengarah Pilihan Raya PKR bagi Ulu Rajang, Yee Chin Kui.

Pada pilihan raya kecil Balingian pada 2014, Rafizi dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah dihalang daripada memasuki Sarawak.

Sementara sempena Jelajah Mega Harapan, Anwar akan mengumumkan calon PKR Sarawak bagi PRU-15 di Pangsapuri Jin Hold, di sini kira-kira jam 4.15 petang sejurus selepas beliau mendarat di Lapangan Terbang Miri dari Kuching.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha