ARTIKEL

PKR Sarawak Tidak Bertanding PRU Ke-13, Hormati Muafаkat Dengan GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak sebagai tanda menghormati semangat kerjasama dan muafakat politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.

Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan bersama tiga pemimpin parti berkenaan iaitu Penasihat PKR Sarawak Datuk Seri Hafsah Harun, Naib Presiden PKR Pusat Roland Engan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Mahmud Epah, hari ini.

“Pertimbangan utama yang mendasari pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati semangat kerjasama, muafakat dan komitmen politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi memelihara kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Pendirian berkenaan turut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak, khususnya dalam melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada masa sama, keputusan berkenaan juga bagi memastikan agenda pembangunan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sarawak terus diberikan perhatian. 

Selain itu, PKR Sarawak menyatakan komitmen untuk terus menjunjung prinsip demokrasi, agenda reformasi dan keadilan sosial, mengutamakan kesejahteraan rakyat serta mengekalkan persefahaman politik yang telah dibina bersama GPS.

Sehubungan dengan itu, MPN PKR Sarawak mengarahkan seluruh jentera dan pimpinan parti di semua peringkat di negeri ini supaya mematuhi serta menghormati ketetapan berkenaan.

Mereka juga diminta terus menjaga hubungan baik dengan rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya GPS.

“PKR Sarawak akan terus melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada rakyat Sarawak tanpa mengabaikan peranannya di negeri ini,” menurut kenyataan bersama itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13, hari penamaan calon pada Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Dis. – BERNAMA

BERITA LAIN

PBDS Umum 26 Calon PRU Sarawak Ke-13

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) mengumumkan 26 bakal calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13, termasuk penyanyi Iban Stanley Phua dan calon muda

BERITA TERBARU

MARAPATI: Gabungan Teater, Sinematik

KUCHING: Gabungan lakonan secara langsung dan paparan sinematik menerusi konsep Hibrid Teater Sinematik menjadi keunikan utama Muzikal Teater Marapati yang bakal dipentaskan pada 4 Disember