ARTIKEL

A. Samad Said

Sasterawan Negara A Samad Said Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk Seri Dr Abdul Samad Muhammad Said, atau lebih dikenali sebagai A Samad Said, meninggal dunia hari ini pada usia 91 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Helmy Abdul Samad, 63, ketika dihubungi Bernama memaklumkan ayahnya  menghembuskan nafas terakhir pada 6.10 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

A Samad Said dimasukkan ke HKL petang semalam akibat sakit tua dan turut menghidap diabetes.

Tokoh yang dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka itu menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Beliau menghasilkan pelbagai karya merangkumi novel, cerpen, puisi, drama dan esei yang mengangkat pelbagai persoalan kehidupan serta realiti masyarakat.

Antara karya tersohor A Samad Said ialah novel Salina yang diterbitkan pada 1961 selain Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

MARAPATI: Gabungan Teater, Sinematik

KUCHING: Gabungan lakonan secara langsung dan paparan sinematik menerusi konsep Hibrid Teater Sinematik menjadi keunikan utama Muzikal Teater Marapati yang bakal dipentaskan pada 4 Disember

PBDS Umum 26 Calon PRU Sarawak Ke-13

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) mengumumkan 26 bakal calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13, termasuk penyanyi Iban Stanley Phua dan calon muda