ARTIKEL

PKS Malaysia digesa pelbagaikan sumber, manfaatkan negara ASEAN tangani cabaran tarif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu mengambil langkah untuk mempelbagaikan sumber bahan mentah dan pelanggan mereka bagi memastikan risiko rantaian bekalan dapat dikurangkan.


Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) Datuk William Ng menerusi satu kenyataan berkata ini adalah amalan baik tanpa mengira impak daripada tarif timbal balik 24 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan Malaysia.


Ng berkata perbincangan mengenai pembentukan pasaran tunggal ASEAN mesti dibuka semula segera, dengan matlamat mewujudkan kesatuan yang boleh memberi manfaat kepada negara sebagai blok pengeksport dan pasaran serantau yang besar.


“Pada peringkat ASEAN, keperluan untuk mengurangkan halangan bukan tarif kini lebih mendesak berbanding sebelum ini. Dahulu, kita boleh bergantung kepada ekonomi besar seperti AS, China dan Eropah untuk menyerap sebahagian besar eksport kita.


“Namun hari ini, jelas bahawa masa depan harus berteraskan konsep ‘kemakmuran serantau’,” katanya.


Meskipun berdepan cabaran susulan pengenalan tarif itu, Ng berkata dengan strategi yang betul, PKS Malaysia boleh menyesuaikan diri dan malah mendapat manfaat daripada perubahan dalam dinamik perdagangan global.


Bagaimanapun, beliau memberi amaran perniagaan juga perlu berwaspa dengan kemungkinan lambakan produk dari ekonomi yang terjejas, khususnya hab pengeluaran besar kerana ini akan memberi kesan yang lebih besar terhadap PKS kita berbanding tarif langsung ke atas eksport ke AS.


Memandangkan pengenalan tarif ini akan memberi kesan besar terhadap eksport Malaysia, terutamanya dalam sektor elektronik, derivatif minyak sawit, produk berasaskan getah, serta tekstil dan pakaian Ng berkata Samenta akan bekerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan lain untuk memastikan perniagaan kita kekal berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat global. -Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha