ARTIKEL

Kredit NOVV

Platform kesihatan digital NOVV catat lebih 2,000 penilaian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Platform penjagaan kesihatan digital NOVV yang diasaskan oleh seorang doktor Malaysia telah merekodkan lebih 2,000 penilaian kelayakan dalam talian serta lebih 1,000 tempahan konsultasi sejak dilancarkan.

Pengasasnya, Dr Marissa Dinar menyatakan bahawa platform tersebut dibangunkan bagi memudahkan orang ramai menangani masalah kesihatan yang sering ditangguhkan atau sukar dibincangkan, selain menggalakkan tindakan awal terhadap kesihatan secara keseluruhan.

NOVV yang kini beroperasi melalui tiga bidang utama iaitu NOVV For Woman, NOVV For Man dan NOVV Labs menawarkan perkhidmatan pengurusan berat badan, kesihatan hormon, masalah kesihatan lelaki serta ujian darah pencegahan.

Bernama melaporkan model perkhidmatan ini memerlukan pesakit melengkapkan penilaian dalam talian sebelum mendapatkan konsultasi daripada doktor berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia bagi menentukan kesesuaian rawatan atau rujukan lanjut.

Bagi memperkukuh kehadiran di Malaysia, NOVV akan menyertai Women Wellness Festival pada 3 dan 4 Oktober di Hyatt Regency sebagai Rakan Kongsi Kesihatan Digital Rasmi untuk mempromosikan pendekatan penjagaan kesihatan interaktif.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,