ARTIKEL

PLKN Siri 2/2025 Bermula Esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seramai 550 pelatih dijangka memulakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 selama 45 hari bermula esok hingga 24 Jun ini. 

Difahamkan sesi latihan kali ini membabitkan 200 pelatih wanita yang akan mengikuti program itu di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini manakala 350 pelatih lelaki ditempatkan di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang. 

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan pada 22 April lepas memaklumkan kesemua pelatih yang dipilih akan menjalani latihan berbentuk fizikal, mental dan sivik merangkumi modul berintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan serta 30 peratus berdasarkan komponen kenegaraan.

“Bagi modul latihan asas ketenteraan, para pelatih akan dilengkapi kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI dan kemahiran kepimpinan manakala modul komponen kenegaraan akan mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada JLKN di laman sesawang rasmi https://jlkn.mod.gov.my/ atau Unit Pelatih di talian 03-4013 3613/03-4013 3618 atau e-mel ke info.jlkn@mod.gov.my.

Sebelum ini, seramai 116 pelatih PLKN 3.0 siri 1/2025 berjaya menamatkan latihan selama 45 hari yang bermula pada 12 Jan hingga 25 Feb lepas di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini.

PLKN 3.0 siri pertama yang dilaksana selepas tujuh tahun dimansuhkan itu membabitkan 73 pelatih lelaki dan 43 pelatih wanita berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun.

 Pelaksanaan semula program itu, yang dijalankan secara berperingkat, adalah bagi memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia selain melengkapkan mereka dengan ketahanan mendepani cabaran hidup menerusi pengalaman latihan fizikal serta mental.  — BERNAMA 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu