ARTIKEL

PM Anwar: Komuniti dunia perlu desak Israel hentikan penghapusan penduduk Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Komuniti antarabangsa perlu segera mendesak agar pembantaian dan penghapusan rakyat Palestin di Gaza dihentikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Perdana Menteri memberitahu, perkara itu dinyatakan olehnya kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, semalam dalam perbincangan menerusi telefon tentang pelbagai isu serantau dan antarabangsa, termasuk situasi semasa di Palestin. 

“Saya nyatakan komuniti antarabangsa perlu segera mendesak pembantaian dan penghapusan rakyat Gaza dihentikan.

“Malaysia terus komited menyuarakan pendirian tegas negara berkaitan nasib rakyat Palestin di pentas dunia,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook rasminya hari ini. 

Beliau berkata Presiden Turkiye itu juga menzahirkan harapan untuk memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pertahanan.

Panggilan telefon itu juga dimanfaatkan oleh Anwar untuk sekali lagi mengundang Erdogan ke Malaysia. 

Menurut Anwar, kedua-dua mereka turut berbalas ucapan Hari Raya Aidilfitri selain mendoakan masing-masing terus diberikan kesihatan yang baik untuk memimpin negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Festival SAGO pupuk inovasi terhadap usahawan

KUCHING: Pesta Gastronomi Sarawak (SAGO) tahun ini dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Julai ini, manakala Pesta Tuak Borneo diadakan pada 14 hingga 17 September

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

Kaul komuniti Dayak meruan teguh

LUNDU: Penyerakup komuniti Dayak diatu chukup teguh taja ari bemacham raban etnik, ku Sapit Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Iya ti temegah beratika pekara