ARTIKEL

Anwar (dua kiri) dan isteri, Dr Wan Azizah (kanan), dihidangkan dengan pelbagai juadah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat di kediaman Johari (kiri) di Bukit Tunku, hari ini.

PM Anwar hadiri rumah terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, di kediaman rasminya, di sini.

Anwar, dengan baju Melayu berwarna kuning lengkap bersamping, tiba pada 12.05 tengah hari dan disambut Johari.

PM dan isteri meluangkan masa kira-kira 40 minit di majlis itu bagi menikmati hidangan selain turut beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Antara juadah yang disediakan antaranya termasuk ubi kayu kukus dan kelapa parut, lemang, rendang, mi rebus, mi goreng, aneka kuih-muih serta cendol.

Majlis , yang bermula dari 12 tengah hari hingga 4 petang itu, turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Turut hadir, beberapa Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Subang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ke-15 (JKPK) Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa, Wong Chen, dan Ahli Parlimen Selayang yang juga Pengerusi JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, William Leong Jee Keen.

Selain itu, beberapa perwakilan asing, antaranya dari Mesir, Turkiye, Nepal, Algeria, India dan Romania, serta ahli korporat dan profesional, turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut. -BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU