ARTIKEL

Kredit: Bernama

PM Anwar lawat Indonesia hadiri rundingan tahunan pertama bersama Prabowo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Indonesia mulai Isnin bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-13 dengan Presiden Prabowo Subianto, yang merupakan sesi pertama antara kedua-dua pemimpin.

Beliau akan diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata Rundingan Tahunan ini merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Indonesia, yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dan menyeluruh.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat media di sini pada Ahad.

Syed Mohamad Hasrin  berkata mesyuarat ini diadakan secara bergilir antara kedua-dua negara sejak 2006 dan mencerminkan komitmen politik yang kukuh untuk mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, kesalinghubungan, keterjaminan makanan dan pendidikan.

“Kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama,” katanya sambil menambah satu Kenyataan Bersama akan dikeluarkan pada akhir sesi rundingan.

Rundingan Tahunan terakhir diadakan pada 2017, menjadikan pertemuan kali ini sebagai peluang yang tepat untuk kedua-dua pemimpin memperteguh hubungan strategik dan meneroka bidang kerjasama baharu dalam menghadapi cabaran serantau dan global semasa.

Syed Mohamad Hasrin berkata kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran empat Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan bidang sempadan darat, kerjasama kesihatan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri dijadualkan melawat Sekretariat ASEAN di Jakarta atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

Anwar turut akan menyampaikan Ucapan Dasar mengenai ASEAN dalam konteks Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025, yang menekankan komitmen berterusan Malaysia terhadap integrasi serantau dan pembinaan Komuniti ASEAN.

Pada 2024, Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Perdagangan dua hala meningkat sebanyak 4.5 peratus daripada RM111.21 bilion (US$24.39 bilion) pada 2023 kepada RM116.29 bilion (US$25.5 bilion) pada 2024. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan